0 pucukpaku ulam raja


Rabu, 24 September 2008




Salam mesra...
Written by Siti Nurhaliza
Monday, 22 September 2008 08:00
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman ini.
Alhamdulillah, Sitizone sudah berwajah baru, terima kasih di atas kesabaran anda semua menantikan laman ini kembali. Harapan Siti agar wajah baru Sitizone dapat menggembirakan anda dan InsyaAllah ianya akan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Berkat Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelang, Sitizone membuka lembaran baru bukan sahaja dengan wajah baru tetapi misinya yang tidak pernah putus untuk mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Sebagai insan biasa, Siti menyedari bahawa tidak ada yang mustahil untuk direntasi di alam maya ini kerana di mana saja anda berada, apa bangsa dan agama anda, laman ini telah menyatukan kita semua. Siti bersyukur kerana laman ini memberi erti yang begitu besar bukan sahaja dalam karier Siti tetapi hubungan sesama kita dapat dipanjangkan.
Pada kesempatan ini, rasanya masih belum terlewat untuk Siti mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang. Semoga keceriaan akan terus mengiringi kita dan jangan lupa bersyukur atas apa jua nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita semua.
InsyaAllah selepas raya ini, Siti akan memulakan rakaman vokal untuk album tradisional kontemporari terbaru Siti. Rasanya tidak sabar untuk memulakan rakaman ini kerana sudah lama Siti menunggu saat merakamkan lagu-lagu sebegini. Siti harap album ini nanti akan mendapat sokongan anda semua kerana dalam kegawatan industri muzik sekarang ini, Siti mahu album ini memberikan sinar semula. Semoga album ini diberi perhatian dengan landasan yang baik, elakkan membeli album cetak rompak dan jangan sesekali muat turun (kecuali menerusi SN Mobile), semoga ia mengulangi kejayaan album-album tradisional Siti seperti sebelum ini.
Sekian saja mesej Siti kali ini. Semoga hidup kita semua akan sentiasa dirahmati. Bergembiralah dengan laman terbaru ini dan salam mesra buat semua. Terima Kasih.
Siti Nurhaliza
( petikan dari sitizone.com)


raya dah nak mai....
minggu nie minggu terakhir aku kat aswara..bestnya nak balik raya,rasa tak sabar plak nak jumpa family n kekawan kat kg no.....semua nie datangnya dari semangat raya aku rasai nie,semangat!!!!!!huhuhuhu. paling aku tak sabar taun nie aku dapat raya wat pertama kalinya dengan anak buah pertama aku ADAM HAZIM. Dah lapan bulan pun.
ty aku nak g pusing satu kg beraya,aku nak raya sakan taun nie..nakpi rumah kekawan aku n semua la.
kat sini aku nak ambik kesempatan nak wish:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua pelawat blog aku nie n kepada semua geng-geng Aswara dan kekawan yang mengenali diri aku nie.
raya sakan taun nie k. enjoy!!!!!!!!




my personal detail
+ mohdfendyabdullahsidiy
+ fendy
+ 24 ogos 1987
+ 21 YO!
+ taiping perak d.r
+ film and video student
+ akademi seni kebangsaan


taste pada...
!!!datuk siti
!!!yasmin ahmad
!!!kekawan
!!!david coke
!!!janiefer hudtson
!!!maria carey
!!!seoran budak aswara
!!!semua leeeee


Free chat widget @ ShoutMix

kata dari hati

...bila hati dah kata tidak...



Link Twink To
jatuhcenta
maegahmairamai
yasmin ahmad
hatta dolmat

click here!!
12 Ogo 2008 13 Ogo 2008 14 Ogo 2008 15 Ogo 2008 22 Ogo 2008 26 Ogo 2008 28 Ogo 2008 3 Sep 2008 4 Sep 2008 5 Sep 2008 16 Sep 2008 24 Sep 2008 15 Okt 2008 30 Dis 2008